Merdeka Awesome
Merdeka Awesome
home about follow
SYUKUR SELALU KERANA KAMI SEMUA SEHATI SEJIWA
Thursday 17 September 2015 | 04:13 | 0 comments

Salam sehati sejiwa semua!

Tengok tajuk, agak-agak boleh tau tak apa admin nak kongsi??

Sejarah merdeka?
Tema merdeka #sehati sejiwa??

Ala...lebih kurang la..

Admin nak kongi kehidupan admin dan rakan-rakan sepanjang berada di KMP..Acewah..
Admin dan dua orang lagi rakan, dari modul 3.. Modul 3 ni, subjek utama dia adalah Sains Komputer, Matematik, Biologi dan Kimia..maksudnya..
Ya..TIADA FIZIK..

bilangan kami semua pulak ialah yang paling sikit berbanding budak sains yang lain.. total 69 orang.. dan HANYA 4 ORANG KUMBANG sahaja dalam modul 3..malahan SEMUA MELAYU, TIADA CINA MAHUPUN INDIA..

So, daripada fakta diatas banyakla kelebihan dan kekurangan yang kami peroleh.. Kalau dari segi kekurangannya, kami kurang bergaul dengan pelajar bangsa lain..Malah tak berpeluang merasai pengalaman belajar bersama diorang dalam satu kuliah..
TAPI ?!

Tak semudah dan sesedih tu...Disebabkan aktiviti dan program yang dianjurkan oleh pihak KMP la, kami dapat mengenali mereka dengan lebih dekat..Aktiviti berunsur akademik mahupun bukan akademik..
Malah, kami dapat belajar bersama-sama diorang teutamanya dalam program under Peer Assisted Learning iaitu PAL..Di mana, setiap subjek ada beberapa oarng fasilitator yang dilantik bagi mengajar dan membantu pelajar-pelajar yang lain

Kebanyakan diorang terdiri daripada pelajar india dan cina..So...Kami dapat la experience belajar bersama diorang..Ternyata sangat best dan berkesan!

Konklusinya, admin dan rakan-rakan sangat bersyukur kepada Ilahi kerana admin dan rakan berasa sangat bertuah kerana dipilih oleh Allah menjadi salah seorang pelajar KMP..
Setiap yang berlaku, pasti ada hikmah..Dan mungkin hikmah yang besar menanti kami semua tanpa kami sedari..

Pengalaman menuntut ilmu di sini serta budaya kerjasama antara pelajar pelbagai kaum amat admin kagumi dan selamanya berada di hati admin dan rakan-rakan..

WAH3...macam sedih la pulak..hahaha
macam nak tinggalkan KMP je?! eh tak..
ikhlas dari sanubari hati admin dan rakan-rakan..