Merdeka Awesome
Merdeka Awesome
home about follow
Pertandingan blok sempena Hari Malaysia
Thursday 17 September 2015 | 03:51 | 0 comments

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam Sehati sejiwa

Wah2..lama gila admin tak update blog ini..As usual..busy katakan

Dengar tau..admin nak kongsi lagi aktiviti yang pihak kolej adakan sempena Sambutan Hari Malaysia

Eh korang tahu la kan apa itu Hari Malaysia..dan tarikhnya bila?!
OK la...admin anggap korang semua dah khatam bab-bab ini ok..

sebab the highlight for today is......
Pertandingan antara blok sempena Hari Malaysia KMP pada Rabu yang lalu..!!

Di mana setiap blok diwajibkan mnyertai pertandingan sama ada sketsa atau lakonan, koir dan sebagainya

Korang rasa mana yang paling best eh?
Cer tengok dan lihat...


Persembahan dikir barat oleh pelajar lelaki dari blok C3
Persembahan pembuka tirai oleh diorang memang terbaik! Diiringi alat-alat muzik tradisional seperti gong, kompang dan sebagainya
 

 Persembahan nyanyian oleh blok A2
Admin kesian dan kagum sebenarnya dengan blok ni.. Disebabkan masalah mikrofon, nyanyian mereka kurang jelas..TAPI semangat diorang itu yang penting.. Kerjasama antara pasukan membolehkan diorang buat persembahan hingga tamat.. Yang paling bersemangat dan menonjol di sini ialah seorang pelajar cina kita..
Jelas kelihatan tema mereka ialah #sehati sejiwa

 Haa..ini merupakan antara kumpulan yang mantop pada hari tersebut. Sketsa diorang sangat best kerana berkisarkan tentang Tanah Melayu sewaktu dijajah dahulu.. Bertemakan konsep sejarah kemerdekaan..flashback katakan..
Apa-apapun, kumpulan blok A3 merupakan antara kumpulan persembahan terbaik pada hari tersebut
tahniah dan syabas


 Persembahan koir berirama daripada blok A1
Semangat yang ditonjolkan ketika persembahan membuatkan mereka dipilih menjadi antara pemenang
Tahniah!

 Persembahan nasyid oleh blok C2 amat mengagumkan..Alunan Ya Hanana dan selawat menyebabkan admin dan mungkin pelajar-pelajar Islam yang lain turut berselawat..
Tidakkah itu menjadi pahala buat diorang??
 

 Persembahan koir oleh blok C1.. Persembahan diorang sangat menepati tema pada tahun ini iaitu 
#sehati sejiwa
Haa.. sebab diorang bukan sahaja nyanyi lagu berkaitan kemerdekaan dalam bahasa melayu, bahkan dalam bahasa cina dan india!
Bagi admin amat mengagumkan sebab diorang juga mengetengahkan dan memperkenalkan lagu dalam bahasa mereka kepada semua pelajar..
Bravo!!

Erm, blok mana yang tinggal??
Ahaa.. blok B2 dan B1...
haha..Blok admin dan rakan ini...

Untuk 2 blok ini, admin ada video aja...
TAPI... disebabkan ada maslah teknikal, tak dapatla admin nak tunjuk video tu..
Haa..bukan video blok B1 dan B2 ja tau, tapi boleh dikatakan, semua persembahan dari semua blok admin ada!!
Wohoo..

Dan sementara pelajar yang lain menonton dan terlibat dengan persembahan, tak dilupakan juga kepada pelajar-pelajar yang lain yang sibuk menghias KMP..

Mesti korang pelik.. KMP asyik hias ja..Ini sebab..
Tadaaaa..

Nak tau tak, KMP dipilih sebagai Johan pertandingan Kibar Jalur Gemilang Hari Kebangsaan 2015 kategori Jabatan Kerajaan..!!
Sebab itu la, proses mencantikkan lagi KMP diteruskan..Lagipun KMP telah dilawati oleh beberapa juri khas kemerdekaan pada 12 September yang lalu..
Doakan supaya KMP akan menang di peringkat seterusnya...AMIN..



 Antara hiasan yang dibuat oleh pelajar KMP
Syabas!!



 Bukan pelajar melayu sahaja, bahkan pelajar india dan cina turut sama turun padang bagi membantu KMP dalam meyiapkan tugasan tersebut


 Haa...ini ketika perjumpaan mentor dan mentee admin..Dikala hujan, kami sanggup turun padang bagi membantu pihak KMP dan mentor kami, Cik Ashikin...
Turun padang memasang bendera di kolam....

Konklusinya, melalui aktiviti dan pertandingan yang dianjurkan oleh pihak kolej, amatlah mengeratkan lagi ukhuwah dan kerjasama yang kukuh dari semua pelajar.. Bukan sahaja antara melayu, tetapi india, cina dan siam.. 

Semangat kerjasama antarakaum amatlah menonjol dikala terdapat sebarang aktiviti yang melibatkan para pelajar..
Kerana KAMI SEMUA KAN SEHATI SEJIWA !!!