Merdeka Awesome
Merdeka Awesome
home about follow
Majlis Makan Malam
Tuesday 8 September 2015 | 09:57 | 0 comments

Assalamualaikum semua..Salam 1 Malaysia..Salam sehati sejiwa


Pada beberapa minggu yang lepas, Sekreteriat Rukun Negara dan KMP telah menganjurkan Majlis Makan Malam..ala-ala majlis kebudayaan la jugak sebab melibatkan semua pelajar dan staf..Dan VVIP terhormat Menteri Besar Perlis, Datuk Azlan Man serta Exco-exco Negeri Perlis

Majlis ini dimeriahkan lagi dengan persembahan koir, persembahan nyanyian, persembahan sajak dan nyanyian lagu patriotik.

Mereka ini bukan calang-calang orang tau. Mereka juga turun padang berlatih bersunggu-sungguh demi menjayakan majlis tersebut. Mereka juga merupakan ahli kelab kebudayaan KMP



 Antara Ahli Jawatankuasa Blok..Cantik dan kemas bersama baju korporat


Pemandangan atas sekitar majlis 



Ahli persembahan koir pada malam tersebut..Mereka menyanyikan lagu tema tahun ini
sehati sejiwa
dan lagu kemerdekaan
 

 Kita welfie dulu beramai-ramai sebelum makan ok



Antara pelajar-pelajar KMP yang terlibat dengan persembahan tarian dan nyanyian



Haa...admin terjumpa salah satu komen pelajar KMP di instagram

Ya
Kami bangga menjadi rakyat Malaysia
#sehati sejiwa



Walaupun kami berbilang bangsa,
Walaupun kami berlainan agama,
Walaupun kami berbeza budaya,
Walaupun kami berbeza pendapat,
Kami tetap utuh bersama
Kerana kami sehati sejiwa